Sunday, March 22, 2009

Dia kata aku kata.

Sayang betul dia pada aku,
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.

Adakah memang ada manusia yang murni macam ini?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa itu.
Dia nak maafkan aku, sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata tu la pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata tu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takde niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.
Dia kata tak tau nak kata apa, aku kata, jangan kata apa, pukul je.
Dia kata tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati…
“Tuhan, kalau betul dia jodoh, biar aku lawan untuk jodoh ini!!”


p/s;suatu kisah dahulu kala

Thursday, March 5, 2009

Tali…

Berlarilah,

Kejar tali itu,

Terbang bersama angin.


Kejarlah,

Ia semakin pergi,

Jauh sekali,

Bebas.

Sedarlah,

Tali itu bukan aku punya,

Tintas,

Tamat.

Merah…

Merah warna engkau,
Sudah sangat sebati,
Sejak azali sudah,
Kau kian mengerti,
Apa yang ku mahu,
Bukan apa yang kau mahu,

Tika itu,
Aku tak mampu lagi,
Untuk bartahan,
Walau sekecil zarah atom sekalipun,
Aku kusut sangat,
Pandang kau,
*diam*
Sarat,
Tak terdaya sudah,
Menaggung segala khilaf,
Yang aku tak mampu telan,

Lantas,
Aku lantang,
*marah*
Memaki kau,
Menjerut,
Mengerit kau ke situ,
Menghentam kau ke dinding,
Tanpa belas kasihan,
Kejam,kasar,kemak,
Argh,
Aku tak kesah,
Kau!aku yang punya,

Aku ragut,
Satu persatu,
Kau hanya mampu,
Terdiam seribu bahasa,
Air mata bertaburan,
Aku mesti puas,
Seteru,
Kau!aku sembur,
Dengan apa yang aku miliki,
Biar sebati,

Kau telan semua itu,
Telan sampai kering,
Akan aku tunggu,
Hasil itu keluar.
*nanti*


p/s;baldi merah ku dan mesin basuh,
terima kasih.

Wednesday, March 4, 2009

emak

pernah dulu. . .

sewaktu kecil emak selalu pesan. . .

jangan fikir apa kamu kata. . .

fikir apa yang emak kata. . .

maka kamu akan berjaya. . .

sewaktu dulu. . .

emak beritahu. . .

mak tak pernah menangis kerana diri. . .

mak menangis kerana kamu. . .

mak sayang kamu. . .

emak cakap. . .

jangan dikenang susah emak. . .

kenangkan angan2 ... Read morekamu untuk senang. . .

mak senang melihat kamu. . .

melihat kamu berjaya. . .

emak pernah sebut. . .

mak sayang kamu. . .

mak taknak kamu jadi macam emak. . .

mak nak kamu jadi seseorang. . .

seseorang yang emak banggakan. . .

emak kata. . .

biarkan orang mencerca kamu. . .

walaupun itu salah kamu. . .

kamu mesti terima. . .

kerana mak percaya. . .

kamu akan jadi lebih terbaik. . .

emak bicara. . .

mak tak pernah luntur sayang kamu. . .

mak akan buat apa saja. . .

apa saja asalkan kamu gembira. . .

mak takkan berhenti sayang kamu. . .

emak bisik. . .

tidur lena-lena. . .

mimpikan kejayaan kamu. . .

esok…




p/s;bukan karya aku,
tapi aku tatapkan di sini untuk semua,
kerna,
aku sayang emak.