Semalam,
Engkau layu,
Cukup-cukup sayu,
Tak berkuderat,tak bermaya,
Engkau,
Lemah!!
Hanya mampu terduduk diam,
Merenungku,
Memanggilkan,
Merayuku,
Menagihku,
Hanya untuk itu,
Tapi aku,
Ego,sombong,bodoh,
Hanya tidak endah,
Aku tak perduli,
Aku tak kesah,
Sudah aku berikan segala,
Apa lagi yang kau mahu?
Persetankan!!
Letih, penat!!
Nyah kau dari sisi!!
Dan engkau,
Terus berlalu pergi,
Lemah, sangat longlai,
Terserah,
Kekecewaan kau,
Keperitan kau,
Kesengsaraan kau,
Tapi aku,
Terus khayal,
Dibuai mimpi indah,
Tanpa memikirkan engkau,
Peduli apa aku!
“aku!bangun-bangun, dah tgh hari ni”,
Suara itu membuang mimpi-mimpiku,
Lenyap khayalanku,
Tersedar,
Dimana engkau?
Segenap pelusuk aku mencari,
Namun gagal yang aku temui,
Satu suara lantang kedengaran,
“aku,engkau dah mati lah”,
“hah???”,
Aku terkasima lantas berlari,
Ke kotak itu,
Hanya kotak itu,
Aku takut,
Aku risau,
Aku sepi,
Aku sesal,
Dan engkau,
Hanya terbujur kaku,
Tersenyum pelangi,
Di sebalik kotak itu,
Aku hanya mampu,
Merenung kau,
Memanggil kau,
Merayu kau,
Agar kembali ke sini,
Aku sesal,
Teramat kerana menyakiti kau,
Di akhir hayat kau,
Engkau,
Telah pergi selamanya,
Meninggalkan aku,
Dalam penyesalan,
Yang paling pahit,
Dalam hidup aku.
:: QUOTE 5 ::
10 years ago
No comments:
Post a Comment