gua tgh bz.
so,gua nak rilek kejap, ni ada beberapa lawak untuk lu olang:
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid: Mengapa nak putuskan pertunangan kita?
Siti: Saya dah bosan dengan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu, awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid: Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
Posmen: Assalamualaikum
Sameon: Waalaikumsalam
Posmen: Ni rumah encik Sameon ye?
Sameon: Ya saya
Posmen: Pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni
Sameon: Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?
Seorang pesakit pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
Pesakit: Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?
Doktor: Dah tentu awak akan boleh membaca.
Pesakit: Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca…
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shah terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shah: Kenapa menangis?
Amin: Saya datang untuk ujian darah.
Shah: Awak takut ke?
Amin: Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shah menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shah : Saya datang untuk ujian air kencing…
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atuknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
Cucu: Atuk buat apa tu?
Atuk: Atuk bagi surat kat kawan atok…
Cucu: Laaa… kenapa kawan atuk duduk dalam tong merah tu?